Saturday 10 December 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tema                          :           Pengangkutan
Mata Pelajaran          :           Bahasa Malaysia
Kelas                           :           Prasekolah Ad-Durrah
Bilangan Murid         :           18 orang         
Tarikh                        :           12 November 2011
Masa                           :           9.00 pagi – 9.40 pagi (40 minit)
Tajuk                          :           Kenderaan Darat
Objektif                      :           Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
·         Mengecam gambar kenderaan darat.
·         Melabelkan gambar kenderaan darat.
·         Menulis nama kenderaan darat berdasarkan gambar yang diberi.
Hasil Pembelajaran   :           (BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila.
                                                (BM 2.1.7) Menamakan objek di persekitaran.
                                                (BM 4.2.6) Menulis perkataan dengan cara yang betul.
Penggabungjalinan   :           Bahasa Inggeris, Awal Sains, Matematik dan Kreativiti dan
                                                Estetika.
Bahan Bantu Mengajar :      Carta bergambar, kad perkataan dan lembaran kerja.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i)                    Set induksi – bersoaljawab, mencungkil idea, nyanyian
ii)                  Aktiviti – melabelkan nama kenderaan, menulis nama kenderaan
iii)                Penutup – nyanyian dan rumusan guru
Nilai                :           bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati,
                                    bertanggungjawab, bertolak ansur, gembira dan tekun.
KBKK                        :           menjana idea mengingat dan memahami
Pengetahuan  sedia ada        :           Murid-murid mengetahui dan pernah melihat dan
                                                            menaiki kenderaan Darat.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran :
Langkah / Isi Pengajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1.        Guru dan murid berbual dan bersoaljawab tentang kenderaan darat yang diketahui dan biasa dilihat.
2.        Guru berbual tentang kenderaan dan fungsinya.
3.        Guru turut menyebut nama kenderaan darat di dalam Bahasa Inggeris.
4.        Nyanyian lagi ‘Bapaku Pulang dari Kota’ dengan bimbingan guru.
Nilai : mengikut giliran, bekerjasama
Bahan : model kenderaan darat seperti kereta, motosikal dan trak
Langkah 2
(10 minit)
1.        Guru menunjukkan gambar kenderaan darat dan meminta murid menyebut nama kenderaan yang ditunjukkan.
2.        Guru menampal gambar yang telah ditunjukkan pada papan putih.
3.        Guru menunjukkan kad perkataan yang mengandungi nama kenderaan dan meminta murid melekatkannya pada gambar yang betul.
4.        Guru meminta murid membaca dan mengulang semula nama kenderaan darat yang telah dilekatkan pada papan putih.
Nilai : memberi perhatian, mengingat dan memahami.

Bahan : kad gambar dan kad perkataan.
Langkah 2
(15 minit)
1.        Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberikan arahan cara membuatnya.
2.        Murid menulis nama kenderaan darat berdasarkan gambar yang diberi. (rujuk contoh lembaran kerja)
Nilai : mendengar arahan dan tekun
Bahan : lembaran kerja
Langkah 3
(5 minit)

1.        Guru meminta murid mempamerkan hasil kerja dan menyemak jawapan murid bersama-sama.
Nilai : memberi perhatian, menghargai
Bahan : hasil kerja
Penutup
(5 minit)
1.        Guru meminta murid mengulang semula nama-nama kenderaan  darat yang telah dipelajari.
2.        Nyanyian semula lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ bersama-sama.
Nilai : mengingat, memahami, gembira dan yakin.








No comments:

Post a Comment