Friday 10 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 9 Feb 2012 di Astaka Ria SK Kampong Tua. Semua warga sekolah terlibat dengan program yang telah dirancang ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan : Ustaz Yusuf, kuiz dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw secara beramai-ramai.

Tuesday 3 January 2012

Sunday 1 January 2012

REFLEKSI MIKROPENGAJARAN

KEKUATAN
Set induksi adalah perkara penting yang perlu dilakukan dengan betul untuk menarik minat murid untuk belajar tentang sesuatu perkara atau topik yang hendak diajar di dalam kelas. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan sewaktu menjalankan mikropengajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Murid-murid dapat mendengar dengan jelas dan terang tentang apa yang hendak disampaikan oleh guru. Suasana kelas yang tenang dan murid-murid duduk di hadapan kelas berdekatan dengan guru akan memudahkan guru memantau setiap pergerakan atau perbuatan mereka. Komunikasi yang mesra dan bersahaja antara guru dan murid dapat menggalakkan lagi murid untuk melibatkan diri dalam perbualan ini. 

MIKROPENGAJARAN BERSAMA CIKGU FIZA