Monday 12 December 2011

PANTUN UNTUK GURU

A b c dan alif ba ta,
Satu dua tiga dan empat;
Selalu cikgu ajar kita,
Ditubi-tubi sampai dapat.

Friday 9 December 2011

AKTIVITI PRASEKOLAH

Belajar melalui permainan.


KONVOKESYEN PRASEKOLAH SK KAMPONG TUA



Sekalung tahniah untuk semua murid prasekolah SK Kampong Tua kerana telah berjaya menamatkan pengajian di kelas prasekolah sesi 2011 dengan jayanya.

KONVOKESYEN PERDANA PRASEKOLAH DAERAH KERIAN

 
Program ini telah dianjurkan buat pertama kalinya dimana ianya melibatkan murid prasekolah dari seluruh daerah Kerian.

Monday 5 December 2011

JANGAN MENANGIS SAYANG...

Setiap kali hari pertama sesi persekolahan, pasti anda akan melihat senario ini... Wahai anak-anak didikku.. cikgu ni baik tau, comel pulak tu.. cikgu tak makan orang.. cikgu makan nasi .. kenapa menangis sayang...
Mula-mula menangis.. maklumlah tak pernah berpisah dengan emak dan ayah yang tercinta.. tapi sekarang.. mak dia kata "cikgu, maaf ye.. anak saya ni demam tapi tetap dia nak datang sekolah jugak". Kan cikgu dah kata "datang sekolah ni seronok tau!"
Jangan menangis ye sayang.... Cikgu sayang kamu dan cikgu nak kamu jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..

KANAK-KANAK HARI INI PEMIMPIN MASA DEPAN..

Kanak-kanak memerlukan didikan yang sempurna dari kedua ayah dan ibu. Guru juga berperanan penting dalam menjayakan proses ini. Mendidik anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka perlu disayangi bukan dibenci. Mendidik mereka hingga berjaya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang adalah satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Saya bangga menjadi guru mereka.

AMALI SOLAT BERSAMA USTAZ AHMAD HUSNI

Mendidik anak-anak kecil bersolat bukanlah mudah.. Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Husni kerana bersabar melayani kerenah anak-anak kecil ini. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah yang menjadi kebanggaan ayah dan ibu... Amin

Wednesday 26 October 2011

LAGU KANAK-KANAK





INFO PRASEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

NKRA PRASEKOLAH

Memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
  1. Peningkatan kadar peyertaan murid prasekolah sebanyak 20% menjelang 2012.
  2. Meluaskan pogram pendidikan prasekolah terutama di kawasan 'urban poor', luar bandar dan pendalaman.
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah ialah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan bertanggungjawab di sekolah rendah kelak.