RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Tema : Pengangkutan
Mata
Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Prasekolah Ad-Durrah
Bilangan
Murid : 18 orang
Tarikh : 12
November 2011
Masa : 9.00 pagi – 9.40 pagi (40 minit)
Tajuk : Kenderaan
Darat
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
·
Mengecam gambar
kenderaan darat.
·
Melabelkan
gambar kenderaan darat.
·
Menulis nama
kenderaan darat berdasarkan gambar yang diberi.
Hasil
Pembelajaran : (BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan
dan bertatasusila.
(BM 2.1.7) Menamakan
objek di persekitaran.
(BM 4.2.6) Menulis
perkataan dengan cara yang betul.
Penggabungjalinan : Bahasa
Inggeris, Awal Sains, Matematik dan Kreativiti dan
Estetika.
Bahan
Bantu Mengajar : Carta
bergambar, kad perkataan dan lembaran kerja.
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran :
i)
Set induksi –
bersoaljawab, mencungkil idea, nyanyian
ii)
Aktiviti –
melabelkan nama kenderaan, menulis nama kenderaan
iii)
Penutup –
nyanyian dan rumusan guru
Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian,
menghormati,
bertanggungjawab, bertolak ansur,
gembira dan tekun.
KBKK : menjana idea mengingat dan memahami
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mengetahui dan pernah melihat
dan
menaiki
kenderaan Darat.
Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran :
Langkah
/ Isi Pengajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
1.
Guru dan murid
berbual dan bersoaljawab tentang kenderaan darat yang diketahui dan biasa
dilihat.
2.
Guru berbual
tentang kenderaan dan fungsinya.
3.
Guru turut
menyebut nama kenderaan darat di dalam Bahasa Inggeris.
4.
Nyanyian lagi
‘Bapaku Pulang dari Kota’ dengan bimbingan guru.
|
Nilai : mengikut
giliran, bekerjasama
Bahan : model
kenderaan darat seperti kereta, motosikal dan trak
|
Langkah 2
(10 minit)
|
1.
Guru
menunjukkan gambar kenderaan darat dan meminta murid menyebut nama kenderaan
yang ditunjukkan.
2.
Guru menampal
gambar yang telah ditunjukkan pada papan putih.
3.
Guru
menunjukkan kad perkataan yang mengandungi nama kenderaan dan meminta murid
melekatkannya pada gambar yang betul.
4.
Guru meminta
murid membaca dan mengulang semula nama kenderaan darat yang telah dilekatkan
pada papan putih.
|
Nilai : memberi
perhatian, mengingat dan memahami.
Bahan : kad gambar
dan kad perkataan.
|
Langkah 2
(15 minit)
|
1.
Guru
mengedarkan lembaran kerja dan memberikan arahan cara membuatnya.
2.
Murid menulis
nama kenderaan darat berdasarkan gambar yang diberi. (rujuk contoh lembaran
kerja)
|
Nilai : mendengar
arahan dan tekun
Bahan : lembaran
kerja
|
Langkah 3
(5 minit)
|
1.
Guru meminta
murid mempamerkan hasil kerja dan menyemak jawapan murid bersama-sama.
|
Nilai : memberi
perhatian, menghargai
Bahan : hasil kerja
|
Penutup
(5 minit)
|
1.
Guru meminta
murid mengulang semula nama-nama kenderaan
darat yang telah dipelajari.
2.
Nyanyian semula
lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ bersama-sama.
|
Nilai : mengingat,
memahami, gembira dan yakin.
|
No comments:
Post a Comment