|
Taklimat oleh guru prasekolah. |
Saturday, 31 December 2011
Monday, 12 December 2011
PANTUN UNTUK GURU
A b c dan
alif ba ta,
Satu dua
tiga dan empat;
Selalu
cikgu ajar kita,
Ditubi-tubi
sampai dapat.
Saturday, 10 December 2011
Friday, 9 December 2011
KONVOKESYEN PRASEKOLAH SK KAMPONG TUA
Sekalung tahniah untuk semua
murid prasekolah SK Kampong Tua kerana telah berjaya menamatkan
pengajian di kelas prasekolah sesi 2011 dengan jayanya.
KONVOKESYEN PERDANA PRASEKOLAH DAERAH KERIAN
Program ini telah dianjurkan buat pertama kalinya dimana ianya melibatkan murid prasekolah dari seluruh daerah Kerian.
Monday, 5 December 2011
JANGAN MENANGIS SAYANG...
Setiap kali hari pertama sesi persekolahan, pasti anda akan melihat senario ini... Wahai anak-anak didikku.. cikgu ni baik tau, comel pulak tu.. cikgu tak makan orang.. cikgu makan nasi .. kenapa menangis sayang...
Mula-mula menangis.. maklumlah tak pernah berpisah dengan emak dan ayah yang tercinta.. tapi sekarang.. mak dia kata "cikgu, maaf ye.. anak saya ni demam tapi tetap dia nak datang sekolah jugak". Kan cikgu dah kata "datang sekolah ni seronok tau!"Jangan menangis ye sayang.... Cikgu sayang kamu dan cikgu nak kamu jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..
KANAK-KANAK HARI INI PEMIMPIN MASA DEPAN..
Kanak-kanak memerlukan didikan yang sempurna dari kedua ayah dan ibu. Guru juga berperanan penting dalam menjayakan proses ini. Mendidik anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka perlu disayangi bukan dibenci. Mendidik mereka hingga berjaya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang adalah satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Saya bangga menjadi guru mereka.
AMALI SOLAT BERSAMA USTAZ AHMAD HUSNI
Mendidik anak-anak kecil bersolat bukanlah mudah.. Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Husni kerana bersabar melayani kerenah anak-anak kecil ini. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah yang menjadi kebanggaan ayah dan ibu... Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)