Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 9 Feb 2012 di Astaka Ria SK Kampong Tua. Semua warga sekolah terlibat dengan program yang telah dirancang ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan : Ustaz Yusuf, kuiz dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw secara beramai-ramai.
INDAHNYA DUNIA KANAK-KANAK
PRASEKOLAH SK. KAMPONG TUA, SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL, PERAK.
Friday, 10 February 2012
Tuesday, 10 January 2012
Tuesday, 3 January 2012
Sunday, 1 January 2012
REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
KEKUATAN
Set induksi adalah perkara
penting yang perlu dilakukan dengan betul untuk menarik minat murid untuk
belajar tentang sesuatu perkara atau topik yang hendak diajar di dalam kelas. Kelebihan
dan kekuatan yang dapat dikesan sewaktu menjalankan mikropengajaran ialah
ketegasan dan kelantangan suara. Murid-murid dapat mendengar dengan jelas dan
terang tentang apa yang hendak disampaikan oleh guru. Suasana kelas yang tenang
dan murid-murid duduk di hadapan kelas berdekatan dengan guru akan memudahkan
guru memantau setiap pergerakan atau perbuatan mereka. Komunikasi yang mesra
dan bersahaja antara guru dan murid dapat menggalakkan lagi murid untuk
melibatkan diri dalam perbualan ini.
Saturday, 31 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)